Tuesday, August 14, 2012

Pelita akhir Ramadhan di langit

Bersiap sedia untuk merakam keindahan langit. Temperature was about 2C.. Phew! so cold!

This is what we expect to see.. 

(source: FB Falak Online)
Penat sangkut dalam Trafik Jem subuh tadi?

Tak pe, bagi can sikit. Esok bukan setakat jem, kita akan cuba HAYATI LANGIT DALAM 3D!

Tak perlu beli spec 3D pun. 
Tengok langit 15 minit lepas Subuh ESOK, 14 Ogos 2012.

Baca dulu info di bawah :)

Objek di angkasaraya tu semuanya bukan sama jaraknya dengan bumi. Ada yang jauh, ada yang dekat. Apa yang kita lihat tu ialah cahayanya yang baru sampai ke mata kita.

Cahaya pun bergerak laju! hampir 300,000 km SESAAT!. Kalau nak bayangkan, kita boleh terbang keliling Bumi sebanyak 7 1/2 kali dalam masa SESAAT! Itulah kelajuan cahaya.

TETAPI, selaju-laju cahaya pun, saiz alam semesta amat luas hinggakan cahaya pun terpaksa mengambil masa yang lama untuk sampai ke bumi

Ce tengok….

Mula pada Bulan. Bulan tu ialah cahayanya 1.3 saat dulu. Kejap sangat la tu, pasal Bulan ni dekat je dengan Bumi.

Atas Bulan, planet Zuhrah! Best wooo.. pagi esok, Bulan dan Zuhrah pulak berpasangan menari tango di awal pagi.

Zuhrah yang kita lihat tu, cahayanya berumur 6 minit dulu!

Atas dari Zuhrah, kita akan jumpa Musytari. Cahayanya ialah dari 44 minit dulu!!

Uhh!!

Cuba ke atas lagi, tengok pada Gugusan Seven Sisters yang comel loteh tu.. rupa-rupanya jaraknya jauh sangat, sehingga cahaya pun ambil masa 400 tahun!!

ayoyo!!

Oppss.. gostan balik ke Musytari. Di kanannya, ada bintang merah Aldebaran. Jaraknya 67 tahun cahaya!

Aduss!

Ke kiri dari Musytari, bintang Capella tu… cahaya berumur 43 tahun!

Cuba tengok ke arah buruj Orion. Bintang Betelgeuse yang warna kemerahan tu. Cahayanya 500 tahun tu!!!

arghhh!!

Lepas tu, tengok pulak bintang Rigel (penjuru atas kanan) yang berwarna putih. Ia terletak pada jarak 860 tahun cahaya.. maknanya cahayanya yang kita lihat tu, keluar dari bintang tersebut pada tahun 1152!!!

&^#*#$(*&

Last sekali, bintang Sirius, bintang yang paling cerah di langit, dan berada pada kedudukan ke kanan bawah dari Orion. Cahayanya berumur 8.6 tahun! Dekat je rupanya Sirius ni..

Maka, rupa-rupanya apa yang kita lihat di langit ni, SEMUANYA cahaya lama, zaman dulu-dulu. Bagaimana keadaan bintang-bintang itu sekarang? Wallahualam, tak de manusia yang dapat tahu. Kita semua hanya mampu lihat Delay Telecast je.. tak de yang LIVE di langit!

Subhanallah!

HAYATI LANGIT DALAM 3D



..... and ALHAMDULILLAH we're able to watch and capture all the stars.. Subhanallah, sungguh indah dan menakjubkan ciptaan Tuhan..

(still need to improve on camera skill i think) ;)

Earthshine phenomena.. bulan Ramadhan yg sudah hampir ke penghujung.. till we meet again next year InsyaAllah..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...